Apakah anda antara mereka yang pernah berperang dengan masalah kulit sejak usia remaja?
Bermula dengan kehadiran jerawat yang tumbuh tenggelam timbul. Kemudian bila usia mencecah 20-an, 30-an, 40-an dan seterusnya, masalah kulit lain pula yang muncul.
Memiliki kulit cantik, bersih dan mulus sebenarnya tidak sukar. Dengan mengamalkan diet yang baik dan mempraktikkan penjagaan kulit asas yang konsisten, pelbagai masalah kulit dapat diatasi dengan lebih mudah.
Tapi, jangan tunggu sampai ia menjadi tidak terkawal baru ingin merawatnya. Oleh itu, apa kata anda cuba mengamalkan 15 cara berikut yang dapat membantu menghuraikan masalah kulit.
Hasilnya kulit bersih, lembut dan sihat! Anda juga tidak perlu berhabisan wang untuk membeli produk-produk kecantikan berjenama atau melalui pelbagai rawatan. Ini adalah 15 petua kulit bersih dan cantik:
1. Bagi yang berperang dengan masalah hormon bulanan, cuba kurangkan kadar pengambilan bahan tenusu seperti keju, tairu, susu dan makanan bergoreng. Dengan menjaga diet, anda akan dapat melihat perubahan kulit dari masa ke semasa.
2. Elakkan daripada tidur tanpa membersihkan muka yan bermekap atau berminyak. Ia merupakan antara punca kerosakkan kulit.
3. Lakukan senaman secara konsisten setiap hari selama 10-15 minit setiap hari dapat membantu mengeluarkan toksin dalam tubuh dan menghasilkan kulit yang sihat.
4. Amalkan untuk mengguna krim pelindung matahari kerana ia dapat elakkan kedutan dan tanda hitam. Gunakan ia untuk ke pejabat atau ke mana-mana. Bukan setakat ke pantai atau semasa beriadah saja.
5. Minum banyak air. Hidrasi adalah kunci utama kepada kulit yang segar dan sihat. Jika kurang air, ia akan mengundang kulit berjerawat dan pengeluaran minyak walaupun ia kering.
6. Tukar sarung bantal setiap minggu. Minyak dari rambut akan melekat pada sarung bantal dan akan serap dalam kulit.
7. Jika mempuyai kulit kering, pilihlah rangkaian produk kulit yang boleh melembabkan seperti AINAA BEAUTY.
8. Amalkan rejim untuk sental kulit setiap dua minggu dengan bahan scrub. Tapi, usah gunakan setiap hari kerana kulit boleh menjadi kering dan rosak. Bagi yang mempunyai kulit sensitif pilihlah sabun scrub yang lembut.
9. Amalkan pengambilan minyak kelapa di dalam diet seharian kerana ia dipercayai dapat membantu melembutkan kulit. Minyak kelapa juga boleh dicampurkan dengan soda penaik (baking soda) untuk dijadikan ‘scrub’ muka.
10. Lengkapkan diet seharian dengan mengamalkan minuman teh hijau asli tanpa gula. Ia kaya dengan bahan antioksidan dan dapat membantu menentang bakteria selain radikal bebas.
11. Jika mempunyai potongan rambut depan yang menutup dahi, pastikan untuk mencuci rambut setiap hari. Jika rambut kotor, ia akan memudahkan minyak untuk teperangkap di bahagian dahi.
12. Usah ikut-ikut trend dan beli apa saja yang baru dilancarkan di pasaran. Penting untuk anda mengetahui jenis kulit anda dan cara merawatnya dengan produk yang bersesuaian.
13. Elak menggunakan bedak asas yang berasaskan minyak kerana ia akan menyekat pori dan menjadi punca jerawat.
14. Percaya atau tidak menurut satu kajian, telefon bimbit mempunyai lebih banyak bakteria berbanding dengan mangkuk tandas! Oleh itu, pastikan untuk rajin membersihkan telefon bimbit kerana kuman boleh melekat pada kulit pipi bila anda menggunakannya.
15. Menggunakan krim malam sebelum tidur dapat membantu menjaga kulit dari dalam kerana sewaktu tidur kulit melalui proses detoksifikasi.
Nah, cuba anda catit mana yang belum anda cuba dan mana yang mungkin boleh anda cuba demi kulit yang cantik. Selamat mencuba!